Tuesday, January 17, 2017

Kebaikan Sukan Memanah

Image result for cardio exercises
Kebaikan Sukan Memanah


Memanah sangat menitik beratkan “body balancing”. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Image result for stress
Membina kekuatan bahagian atas badan – memegang busur dan menarik anak panah memerlukan kekuatan fizikal. Memanah akan memberi kekuatan unggul pada bahagian atas badan.

Meningkatkan fleksibiliti tangan dan jari – memegang busur, memasang, mengangkat dan melepaskan anak panah adalah semua aktiviti yang mengukuhkan dan meningkatkan fleksibiliti tangan, pergelangan tangan dan jari.
Image result for archery hold bow

Meningkatkan kemahiran koordinasi tangan-mata – memanah adalah untuk melepaskan anak panah pada sasaran, yang secara semulajadi membantu dalam pembangunan kemahiran koordinasi tangan-mata.

Meningkatkan kekuatan mental dan penumpuan – pemanah tahu bagaimana untuk membebaskan minda mereka dari gangguan dan memberi tumpuan kepada sasaran. Ia menjadikan memanah sebagai kaedah senaman minda. Memanah juga merupakan amalan mengawal minda dan meningkatkan kesabaran.

Related image

Memanah memberikan keseronokan dan meningkatkan keyakinan diri. Matlamat utama pemanah adalah keseronokan dalam bersukan. Pemanah perlu memberikan tumpuan dan memperbaiki keyakinan diri bukannya bimbang tentang apa yang orang lain lakukan, dan dengan itu memanah akan memberi lebih keseronokan serta keyakinan diri meningkat.

Image result for self confidence

Berjalan memperbaiki kesihatan kardiovaskular, otot dan kekuatan kaki. Semasa pertandingan, pemanah boleh berjalan sejauh sehingga 5 kilometer semasa melaksanakan tugas memanah dan bergerak dari satu kedudukan kepada yang lain. Walaupun banyak berjalan ini adalah dalam jarak yang pendek, kesan kumulatif berjalan sepanjang pertandingan boleh memperbaiki kesihatan kardiovaskular, otot dan kekuatan kaki. Pemanah akan mendapat manfaat ini kerana menghabiskan sejumlah besar masa berjalan untuk mengambil anak panah disasaran dan kembali ke garisan permulaan.


 Image result for cardio exercises

Memanah salah satu jenis aktiviti fizikal yang dilakukan oleh individu bagi memenuhi keperluan, kepuasan dan minat.

Kekurangan aktiviti fizikal boleh menyebabkan penurunan prestasi paru-paru dan saluran darah tersumbat dengan kolesterol. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakupayaan fungsi seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi, aterosklerosis dan lain-lain masalah pengaliran darah.

Image result for stroke




 Call / Whatsapp 
Zairol Daud

+60192781829

zairo@arrouha.com

No comments:

Post a Comment